GANGA RAO mengakui masih belum ada wang untuk membayar gaji bakal jurulatih beregu badminton negara, Tan Kim Her ketika dia terlalu mahu menggaji bekas pemain kebangsaan itu.
Katanya, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tetap akan menguruskan mengenai gaji dan tidak bergantung kepada Majlis Sukan Negara sehingga berakhirnya Piala Thomas, Mei depan.
Meskipun ketika dibuai keyakinan akan mendapat penaja baru, Ganga tetap akan membuat rayuan kepada MSN untuk menggaji Kim Her selepas berakhirnya Piala Thomas nanti.
Ganga dalam pada itu menafikan laporan akhbar tempatan yang memetik sumber dari persatuan negeri mengatakan gaji Kim Her mencecah RM200,000 setahun.
"Tidak, mana ada setinggi itu, jumlah itu tidak masuk akal," kata Ganga yang menafikan dakwaan itu.
"Kita ada cara untuk mengatasi masalah ini. Jika penajaan tidak capai apa yang kita mahukan, mungkin ada 'projek' BAM yang akan ditamatkan."
Ditanya kemungkinan 'projek' yang akan ditamatkan itu merujuk kepada ketua jurulatih beregu Rexy Mainaky, Ganga pantas menafikan hal itu.
Katanya, segala keraguan akan terjawab pada mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan, dijadualkan minggu ini, yang dipengerusi Presiden BAM, Datuk Nadzmi Salleh sendiri.
KUANTAN: Gara-gara mengintai pelajar perempuan, dua pelajar lelaki sebuah Institusi Pengajian ...