RANGKAIAN restoran makanan segera, McDonald’s Malaysia (McDonald’s) mensasar untuk membuka lebih 30 cawangan baru di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun akan datang membabitkan pelaburan lebih RM60 juta.

Pengarah Kanan Perakaunan Francais dan Projek Khas McDonald’s Malaysia, Chan Chee Chin, berkata pembinaan cawangan baru itu membabitkan kos antara RM1.5 hingga RM3.5 juta setiap satu akan dibangunkan di luar Lembah Klang bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
“Dalam tempoh itu, kami akan membuka lebih banyak cawangan di kawasan seperti Alor Star dan Langkawi, Kedah serta Teluk Intan, Perak bagi mengelak cawangan atau francais McDonald’s hanya tertumpu di satu kawasan tertentu seperti di Lembah Klang,” katanya selepas perasmian restoran pandu lalu McDonalds’s pertama di Terengganu oleh Exco Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Mohamed Awang Tera, kelmarin.
Hadir sama Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Adzlan Mohd Dagang dan pemilik francais McDonald’s Kuala Terengganu, Mohd Azmi Jusoh.
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Jabatan Perhutanan Kedah, Kasim Osman, mengaku tidak bersalah di ...