Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Khamis, 18 Mac 2010

Minyak pelincir cetak rompak

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/02/06
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

RAWANG: Satu sindiket terancang menghasilkan sendiri minyak pelincir kenderaan dengan meniru bulat-bulat beberapa jenama minyak pelincir terkenal antarabangsa yang berada di pasaran.

Operasi licik yang dijalankan di satu kilang tertutup di Taman Setia Jaya, Rawang di sini, dikesan mampu menghasilkan ribuan botol minyak pelincir sintetik palsu yang kemudian dijual dengan harga sama.

Kegiatan sindiket terbabit terbongkar selepas sepasukan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) Selangor menyerbu gudang berkenaan dan merampas sejumlah minyak pelincir ‘cetak rompak’ bernilai lebih RM1 juta.

Penolong Pengarah Kanan KPDNKK Selangor, Zakaria Thamby Chik berkata, kewujudan kilang membuat minyak pelincir kenderaan tiruan itu berjaya dibongkar hasil maklumat orang ramai dan kerjasama pihak polis Gombak.


Menurutnya, seorang pekerja sindiket berkenaan sebelum ini diberkas polis selepas dikesan melakukan penipuan pembelian sejumlah tayar menggunakan cek tendang.

“Hasil tangkapan itu, suspek membawa pihak polis dan KPDNKK ke gudang rahsia terbabit yang dijadikan markas untuk memproses minyak pelincir tiruan.

“Bagaimanapun ketika serbuan jam 10 pagi semalam, pemilik gudang sempat melarikan diri dengan meninggalkan semua bahan bukti di dalam premis berkenaan,” katanya.

Menurutnya, enam pegawai KPDNKK Selangor memecah kunci gudang berkenaan sebelum menemui beratus tong drum yang digunakan untuk mengisi minyak pelincir tiruan.

“Siasatan lanjut menemui ratusan kotak berisi bekas plastik minyak pelincir seberat satu liter dan empat liter yang dipercayai sedia untuk diedarkan ke pasaran.


“Bagaimanapun semua minyak pelincir berkenaan didapati palsu berikutan ia diisi menggunakan bekas plastik yang mempunyai bentuk dan warna sama dengan produk tulen,” katanya. Malah sindiket terbabit turut dikesan menghasilkan pelekat label palsu berdasarkan penemuan beratus pelekat terbabit dalam pejabat berkenaan.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial