Khamis,21 Ogos 2014

Muhammadiyah sambut Aidilfitri 19 Ogos

JAKARTA: Pertubuhan Islam kedua terbesar di Indonesia, Muhammadiyah mengumumkan Hari Raya Aidilfitri akan jatuh pada 19 Ogos, berdasarkan kiraan Hisab (pemerhatian astronomi) yang dibuat.

Setiausaha Agung Muhammadiyah, Agung Danarto semalam berkata, “Kami menjemput anggota Muhammadiyah dan semua orang Islam untuk mengadakan sembahyang Aidilfitri pada hari berkenaan.”

Agung berkata, dia menjangkakan semua orang Islam akan bersatu padu walaupun akan terdapat perbezaan dalam menentukan Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, kerajaan masih belum membuat keputusan berkenaan tarikh Hari Raya Aidilfitri kerana ia aka melakukan isbat (mesyuarat untuk menentukan permulaan Ramadan dan ibadat agama yang lain) yang dijadualkan pada 18 Ogos ini. - Jakarta Post



Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/11
`