Khamis,13 Februari 2014

Operasi tangkap haiwan liar dilancar

MAKKAH: Majlis Perbandaran Makkah sudah memulakan usaha untuk menangkap anjing liar, monyet, tikus dan haiwan perosak lain di Makkah, bandar suci dan di kawasan perumahan, awal minggu ini.

Pengarah Jabatan Pembersihan Saleh Abdul Samad Ezzat yang mengumumkan operasi ini semalam, berkata, sebuah syarikat telah diberikan kontrak selama lima tahun untuk membersihkan Makkah daripada haiwan ini.


Kata Saleh lagi, syarikat itu akan mengambil 600 pekerja dan juruteknik terlatih untuk menggunakan kenderaan dan peralatan.

Katanya, syarikat itu akan mencari tempat pembiakan haiwan ini untuk mengelak haiwan perosak itu daripada membiak.


Artikel ini disiarkan pada : 2011/10/19
`