Pasar raya besar bantu PKS

Pasar raya besar bantu PKS



Katanya, adanya peruncit antarabangsa, puluhan ribu peluang pekerjaan terbuka kepada rakyat negara ini sekali gus merangsang ekonomi tempatan dan serantau.


“Banyak kelebihan dengan wujudnya rangkaian peruncit dari negara luar kerana ia secara tidak langsung membuka peluang kepada usahawan PKS mengembangkan perniagaan mereka.


“Justeru, kewujudan pasar raya besar antarabangsa tidak sepatutnya dilihat sebagai ancaman sebaliknya boleh membantu usahawan PKS jika syarikat sektor itu meningkatkan kerjasama dengan pasar raya terbabit, terutama bagi memasarkan produk mereka,” katanya ketika merasmikan pasaraya Tesco di Kepong Village Mall (KVM) dan melancarkan Dana Kebajikan Nur Salam di sini, semalam.


Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Tan Lian Hoe, Ketua Pegawai Eksekutif Tesco PLC, Philip Clarke dan Pengerusi Lembaga Penasihat Tesco Datuk Sri Mohamed Abid.


KVM yang menjadi cawangan Tesco pertama di Malaysia mencatatkan sejarahmenyediakan kemudahan pawagam dan pusat kecergasan.


Selain itu, KVM turut dilengkapi hampir 20 kios dan restoran tempatan serta antarabangsa selain 200 pilihan makanan di medan selera pusat berkenaan.


Sebanyak 2,307 tempat meletak kereta percuma disediakan bagi kemudahan pelanggan mengunjungi pusat membeli-belah itu Rosmah berkata, usahawan PKS berniaga di pasar raya besar antarabangsa menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan memenuhi keperluan berbeza pelanggan.