KOTA BHARU: Penganjur Karnival Kelantan Fiesta 2010, Red Carpet Worldwide Sdn Bhd (Red Carpet) menafikan membelakangkan kerajaan negeri dengan tidak membenarkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berucap sempena majlis perasmian karnival berkenaan, malam kelmarin.
Pengerusi penganjur, Shahrul Nasrun Kamarudin berkata keputusan itu memang pada asalnya sudah dipersetujui kedua-dua belah pihak iaitu Red Carpet dan kerajaan negeri untuk memberi penghormatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melakukan ucapan perasmian.
Katanya, ia adalah cadangan sejak awal lagi dan kerajaan negeri turut memaklumkan kepada mereka bahawa Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra dijemput hadir untuk merasmikan majlis.
“Red Carpet sudah mencadangkan sejak awal bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi ucapan dan seterusnya merasmikannya.
“Bagaimanapun, kerajaan negeri memaklumkan Pemangku Raja dijemput hadir jadi kami bersetuju baginda yang akan merasmikan majlis namun ucapan perasmian tetap dilakukan Perdana Menteri.
“Jadi tidak timbul Red Carpet membelakangkan kerajaan negeri dan tidak membenarkan Menteri Besar berucap kerana ini memang keputusan kita dari awal dan turut dipersetujui kedua belah pihak,” katanya ditemui media selepas perasmian itu di sini, kelmarin.
Penganjur terbabit diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan negeri memboikot majlis perasmian itu apabila mereka menarik balik beberapa acara dijadualkan.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran meneruskan usaha mencari jalan terbaik membantu pesakit muda ...