Penyangkut inovatif 3M

Penyangkut inovatif 3M



Bagi menangani masalah itu, produk inovasi 3M menerusi jenama Command menawarkan produk terbaru penyangkut inovatif, berbentuk cangkuk, klip dan penyusun kabel.

Konsepnya mudah iaitu memegang secara kemas, tanggal dengan sempurna dan tidak memerlukan perkakasan khas.

Rangkaian produk lengkap itu bagi memenuhi semua keperluan menghias ruang kediaman dan pejabat.

Produk Command dihasilkan daripada pita jalur berprestasi tinggi menggunakan 'Stretch Release Technology' yang direka dengan bahagian pita unik dan boleh regang.

Keadaan itu membolehkan ia ditanggalkan dari kebanyakan permukaan dengan sempurna, tidak merosakkan permukaan dinding dan mempunyai kuasa lekat yang kuat.

Jalur pelekatnya boleh dipasang dan ditanggalkan dengan mudah dan tiada sebarang perkakasan khas diperlukan bagi mencantikkan ruang tamu serta pejabat anda.

Ia juga sesuai untuk pelbagai jenis permukaan seperti kayu bercat, berwarna atau bervarnis, kaca, jubin, blok sinder bercat, plaster, logam atau papan dinding.

Kuasa pelekatnya boleh menampung beban sehingga 5.4 kilogram (kg).
Pek isian semula jalur pelekat juga boleh didapati di pasaran. Ini membolehkan anda menggunakan semula penyangkut, cangkuk atau sistem penyusunan kabel.

Jika dulu penebuk lubang peralatan utama digunakan untuk memasang skru, paku, pendakap dan menebuk dinding.

Kini anda hanya perlu menarik pita pelekat ke bawah hingga ia tanggal dengan sempurna dan lekatkan pita baru pada tempat yang dikehendaki, kemudian tambah cangkuk, penyangkut, klip atau pemegang kabel.

Sementara itu cangkuk Command pula mempunyai pelbagai saiz dan reka bentuk. Ia mampu memegang beban antara 225 gram hingga 3 kg.

Di pejabat, potensi penggunaan cangkuk Command antara yang penting.
Di rumah pula penggunaan Command Utensil Hooks boleh menjimatkan ruang dan membuatkan dapur kelihatan lebih kemas dan teratur.

Seterusnya produk Command Picture Hanging Strip membolehkan anda menggantung gambar keluarga, lukisan, foto majlis pejabat, anugerah dan tanpa menebuk atau memaku dinding hingga merosakkan cat serta panel.

Jalur yang inovatif 'mengunci' dan 'membuka' bagi memudahkan anda mengubah lokasi serta kedudukan bingkai.

Command Picture Hanging Strip sesuai untuk pelbagai dimensi bingkai dan mampu menyokong beban hingga 5.4 kg.

Maklumat lanjut sila layari http://www.command.com/my.