KUALA LUMPUR: Hanya kira-kira 20 orang yang dipercayai penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun selepas solat Jumaat di Masjid Wilayah di Jalan Duta untuk berarak ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, semalam.
Difahamkan perhimpunan yang diketuai Ahli Parlimen kawasan Batu, Tian Chua, sepatutnya berarak dari Masjid Wilayah ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta sejauh kira-kira 500 meter, bagaimana ditangguhkan pada Isnin ini. Tian Chua yang berucap di luar perkarangan masjid berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan ceramah pada setiap malam di Ibu Pejabat PKR di Damansara termasuk di seluruh negara untuk memberi penerangan kepada penyokong berhubung tuduhan liwat yang dihadapi Anwar. Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, turut hadir dalam perhimpunan itu. Sebelum perhimpunan bermula, sekitar kompleks mahkamah itu dikawal anggota polis beruniform dan turut dibantu tiga trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan dua trak penyembur air serta dua trak polis sebagai persediaan menghadapi demonstrasi itu. Selain itu, orang awam yang mahu masuk ke dalam kompleks itu turut diperiksa.DAMANSARA: Seorang pemain gitar kumpulan rock terkenal tanah air yang juga ‘kaki lalok’ ...