Sabtu,23 Ogos 2014

Perak turun Bodjongo

Oleh Azizan Hashim

HASRAT Perak menurunkan awang import baru, Albert Dominique Ebosse Bodjongo bagi menghadapi Sabah dalam perlawanan pertama pusingan kedua Liga Super di Stadium Perak, malam ini menjadi kenyataan.

Seladang sudah menerima sijil perpindahan antarabangsa (ITC) pemain Cameroon itu petang semalam bagi membolehkan tenaga pemain itu digunakan malam ini.


“Albert sudah boleh beraksi malam esok (ini). Pafa sudah menerima ITC itu,” kata pengurus pasukan, Khairul Azwan Harun di Ipoh, petang semalam.

Bodjongo, 23, yang kali terakhir mewakili Doula Athletic Clud dalam Liga Divisyen Dua Cameroon diharap memiliki naluri pemusnah lebih baik berbanding Lazar Popovic yang hanya menemui sentuhan jaringan dalam perlawanan terakhirnya ketika Perak menumpaskan Sabah 3-1 di Kota Kinabalu, Sabtu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/04/16
`