Rabu, 19 Februari 2014

Pokok jantan berbuah

Tindakan menebang mungkin terpaksa dilakukan selepas pokok ditanam bertahun-tahun tidak mengeluarkan hasil atau buah. Ia berlaku kerana ramai dalam kalangan kita tidak tahu jantina anak pokok dibeli dan hanya mengenalinya selepas ia mencapai usia lebih setahun.

Boleh dikatakan ramai yang bergantung pada nasib. Sekiranya bernasib baik, anak pokok berkenaan akan mengeluarkan bunga dan berbuah, tapi bagaimana jika sebaliknya 'terbeli' anak pokok jantan?

Ketika ini tidak ada syarikat pengeluar baja yang berani menampilkan slogan 'Pokok Jantan Boleh Berbuah' melainkan Syarikat AgroExt SuperBio Sdn Bhd yang mengeluarkan produk Baja Sentap Anim.

AgroExt SuperBio me要gambil inisiatif memperkenalkan baja berkenaan selepas diberi kepercayaan oleh sebuah syarikat pembekal baja untuk mengeluarkannya dengan pula要gan lumayan.


Melalui pelaburan berjumlah RM30,000, syarikat itu didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 13 Mac 2011 sebelum diberikan jenama dalam dua saiz pembungkusan.


Berbeza dengan baja organik di pasaran, Baja Sentap Anim diformulasi daripada sisa hampas sawit berusia lebih sepuluh tahun sebelum diperkaya dengan 88 jenis bakteria berfaedah (EM).

Bagi menjamin kualiti baja, syarikat hanya me要gambil hampas sawit gred A yang mencecah usia sepuluh tahun ke atas kerana tidak mempunyai sisa mi要yak, selain sudah siap dikisar halus.

Pengarah Urusannya, Anim Abu berkata, Baja Sentap Anim adalah satu-satunya baja yang boleh menghasilkan pokok jantan berbuah dengan fokus utamanya tertumpu kepada tanaman sawit.

"Syarikat AgroExt SuperBio mencipta produk baja biorganik EM berkualiti tinggi. Perubahan terhadap pokok dapat dilihat selepas 45 hari baja ditabur di sekeliling pokok berkenaan.

"Fungsi baja yang mampu merawat tanah tandus, batu, pasir dan tanah gambut membolehkan pokok hidup sihat, manakala pokok jantan dapat berbuah," katanya ditemui di pejabatnya di Taman Aman, Kluang, Johor.

Menurutnya, Baja Sentap Bio Organik adalah medium baja semula jadi untuk pelbagai tanaman dan agen perawat tanah yang berfungsi secara biologi.

"Baja ini amat berkesan terutama dalam penanaman kelapa sawit serta tanaman lain. Ia diformulakan secara semula jadi yang mengambil masa berpuluh-puluh tahun untuk menjadikan sisa buangan kilang sawit terkompos kepada baja semula jadi," katanya.

Katanya, baja itu me要gandungi bahan terkompos membabitkan bahan nutrien makro dan mikro yang berkualiti tinggi, mikro berfaedah, asid humik, enzim, vitamin dan mineral.

"Ia juga membekalkan EM yang dapat membantu meningkatkan tumbesaran pokok sawit dan berupaya meningkatkan kandungan bahan organik karbon dalam tanah yang penting bagi membaik pulih kualiti tanah.

"Baja ini amat sesuai kepada petani yang mengamalkan pertanian baik dan dapat mengembalikan kesu苑uran tanah yang menjadi tandus akibat penggunaan baja kimia secara berterusan," katanya.

Produk dikeluarkan syarikat itu juga mendapat pe要gesahan Jabatan Pertanian dan Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Kota Tinggi.

Anim berkata, hasil kajian dilakukan kedua-dua agensi itu mendapati, baja berkenaan mengandungi EM berkualiti tinggi berbanding baja lain yang terdapat di pasaran.

"Baja ini juga mengandungi zink dan frum yang tinggi. Kedua-dua unsur ini diperlukan pokok untuk mengeluarkan bunga serta mengekalkannya pada pokok," katanya.

Menurutnya, selain merawat tanah, baja berkenaan berfungsi merawat akar dan menggalakkan pertumbuhannya, meningkatkan tumbesaran pokok dan memulihkan pokok berpenyakit.

"Keberkesanan baja itu dapat dilihat menerusi beberapa testimoni yang sudah dilakukan terhadap pokok jantan.

"Sebagai contoh seorang peng茆una di Kahang, Johor membatalkan niatnya menebang dua pokok petai berusia 20 tahun selepas mendapati ia berbuah sebaik menggunakan baja kami.

"Malah, seorang peng茆una di Paloh dan Kota Tinggi, turut membatalkan niat menebang pokok durian berusia 16 tahun kerana sudah mengeluarkan buah yang cantik," katanya.

Beliau berkata, pokok yang menggunakan baja berkenaan mengeluarkan buah lebih manis dan terhindar daripada serangan makhluk perosak, malah penggunaan pada pokok sawit mampu mengeluarkan sehingga 27 tandan bagi setiap pokok.

"Hasil buah sawit juga dapat dikeluarkan tiga kali sebulan, manakala buah berkenaan cepat matang dan masak.

"Pengguna produk ini yang mengaplikasikan peng茆unaan tiga hingga empat kali setahun memperoleh hasil sawit sekitar 20 hingga 27 tandan sepokok dengan kos peng茆unaannya RM3 sepokok untuk sebulan," katanya.

Menurutnya, ada kala要ya pengguna terpaksa menggunakan lebih empat jenis baja seperti penggalak akar, baja gemuk dan baja penggalak bunga, sedang虺an penggunaan Baja Sentap Anim sudah memadai untuk membekal虺an fungsi baja lain.

"Bukan saja jangka hayat pokok menjadi lebih lama, malah ia menjimatkan kos dan tidak perlu racun serangga," katanya.

Katanya, pengguna juga tidak menghadapi masalah untuk meng茆unakannya pada pokok yang sudah diletakkan baja kimia, malah ia didapati berkesan untuk 'membunuh' baja berkenaan.

"Biasanya bila bercampur baja, pokok akan mati, namun berbeza dengan baja dihasilkan kilang kami kerana baja berkenaan boleh 'menindih' baja kimia sebelum mematikan kandungan kimia," katanya.

Syarikat itu mampu mengeluarkan produk berkenaan sebanyak 40 tan sehari. Pengeluaran pada skala lebih besar bergantung kepada permintaan semasa dan ketika ini syarikat turut menerima tempahan daripada pelabur di Sepa要yol yang berminat menggunakannya.

Mereka yang mempu要yai pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan produk berkenaan boleh menghubungi syarikat itu melalui Facebook AgroExt SuperBio (Baja Biorganik).

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/30