Khamis,31 Julai 2014

Program lahir pelajar kental

Kuala Lumpur: Penggubalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bermatlamat melengkapkan setiap murid dan pelajar di negara ini dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk merebut peluang serta menangani cabaran abad ke-21.

Dilaksanakan secara berfasa melalui Tiga Gelombang, pelan ini cuba memberi akses yang sama dalam bidang pendidikan berkualiti kepada rakyat khususnya generasi muda tanpa mengira status sosioekonomi, etnik, keupayaan fizikal atau latar belakang.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Datuk Dr Amin Senin berkata, Gelombang Pertama PPPM sudahpun bermula pada tahun ini untuk dilaksanakan secara agresif sehingga2015.

Katanya,iamemfokuskan kepada perubahan sistem membabitkan pembelajaran murid, guru dan pemimpin sekolah di samping transformasi kementerian serta struktur sistem.


“Di bawah Gelombang Pertama, kita juga mempunyai sasaran 100 hari pertama bagi pelaksanaan PPPM khususnya untuk tahun pertama yang menekankan beberapa inisiatif antaranya Sarana Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta, Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah serta memastikan kecekapan sistem penyampaian Kementerian.


“Diikuti Gelombang Kedua pada 2016 hingga 2020 membabitkan tumpuan terhadap rancangan pelaksanaan berasaskan perkembangan dan pencapaian semasa sementara Gelombang Ketiga (2021 hingga 2015) bakal memperlihatkan kuasa autonomi bagi pentadbiran sekolah diberi kepada sekolah berdasarkan kelayakan,”katanya.

Dr Amin berkata, sejak Laporan Awal PPPM terbabit dilancarkan pada 11 September tahun lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, KPM sudah mengadakan sembilan Hari Terbuka mengikut zon di seluruh negara untuk mendapatkan maklum balas rakyat terhadaplaporanterbabit.

Katanya, maklum balas yang diperoleh daripada pelbagai sumber seperti memorandum, media cetak, elektronik dan sosial dianalisis sebelum tampil dengan 100 inisiatif yang dikenal pasti untuk melaksanakan PPPM 2013-2025 dalam tiga gelombang.

“Kementerian juga menetapkan 25 inisiatif utama untuk dicapai dalam Gelombang Pertama pelaksanaan PPPM termasuk lima inisiatif dalam tempoh 100 hari pertama PPPM.

“Susulan ini, pelancaran 1Agenda diadakan pada 5 Disember lalu bagi merencana
dan memudahkan pengagihan tugas serta menetapkan piagam untuk setiap bahagian dalam kementerian. Ia dirancang dengan teliti merangkumi semua jajaran dalam PPPM dari 2013 hingga 2025 bagi memastikan pelan itu dapat dijalankan dengan
jayanya,”katanya.

Mengulas lanjut, Dr Amin berkata, KPM beriltizam untuk memastikan inisiatif yang digariskan dapat dilaksanakan dengan berkesan hasil kerjasama padu daripada semua pihak termasuk ibu bapa, komuniti dan sektor swasta.

“Di bawah Anjakan ke-9 PPPM di mana keterlibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta digalakkan untuk membentuk ekosistem pembelajaran, keberhasilan murid akan dapat ditingkatkan untuk memastikan individu yang melalui sistem pendidikan di negara ini mampu bersaing di peringkat global, tetapi masih kukuh dengan agama dan nilai,”katanya.

Dalam pada itu, menjelang akhir tahun ini, KPM menyasarkan keberhasilan memberangsangkan dalam pelbagai inisiatif yang dilaksanakan antaranya memastikan 50 peratus pengurangan bilangan sekolah yang berada dalam Band 6 dan 7 khususnya di Kedah dan Sabah.

Gelombang Pertama PPPM ini juga disasar berupaya menaik taraf 10 sekolah kerajaan sedia ada kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut International Baccalaureate (IB) selain mewujudkan 18 lagi Sekolah Berprestasi
Tinggi(SBT).

Antara lain inisiatif yang ditetapkan di bawah PPPM termasuk peluasan Literasi dan Numerasi (LINUS) 2.0 membabitkan Bahasa Inggeris, peningkatan enrolmen prasekolah berkualiti dan Piagam Pemimpin Sekolah seperti laluan kerjaya serta menambah baik tawaran baru.


INFO:

  • Laporan awal dilancarkan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 September 2012.

  • Laporan akhir diluluskan Kabinet pada 30 Januari 2013 -Dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun bermula 2013 dan tamat pada 2025.

  • Membabitkan tiga fasa atau gelombang:

    Gelombang 1 (2012-2015): Memperbaiki sistem dengan memberi sokongan kepada guru serta tumpuan terhadap kemahiran asas.

    Gelombang 2 (2016-2020): Penumpuan terhadap rancangan pelaksanaan berasaskan perkembangan dan pencapaian semasa.

    Gelombang 3 (2021-2025): Kuasa autonomi membabitkan pentadbiran sekolah akan diberi.

  • Menyasar hasil dalam lima aspek iaitu akses, kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan.

  • Menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara:

    1. Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa.

    2. Memastikan setiap pelajarfasih dalam bahasa Malaysia dan Inggeris.

    3. Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni.

    4. Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan.

    5. Memastikan pemimpin sekolah berprestasitinggi di setiap sekolah.

    6. Memperkasakan Jabatan PelajaranNegeri, Pejabat PendidikanDaerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan.

    7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia.

    8. Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapasiti kementerian.

    9. Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta.

    10. Memaksimumkan kemenjadian murid bagi setiap ringgit yang dibelanjakan.

    11. Meningkatkan ketelusan dan kebertanggungjawaban umum.

  • Menerusi pembentangan Bajet 2013, peruntukan sebanyak RM500 juta disediakan untuk pelaksanaan PPPM.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/10