Sabtu,23 Ogos 2014

Promosi kasut Pallas

SOUTHERN Rubber Works Sdn Bhd (SRW), pengeluar kasut jenama Pallas, terus mengukuhkan jenamanya dengan memperkenalkan kembali promosi Pulang Ke Sekolah Bersama Pallas Magis sempena cuti sekolah.

Menerusi rangkaian reka bentuk terkini serta model kasut sekolah bermula dari sekolah rendah hingga menengah, SRW memberikan tawaran harga cukup berpatutan, sekali gus menjadi pilihan pelajar.


Pengurus Pembangunan Jenama SRW, Katherine Lim berkata, promosi bermula dari sekarang sehingga 31 Januari 2011 itu menawarkan pelbagai hadiah istimewa untuk pemenang menerusi peraduan itu yang dianjurkan.

Beliau berkata, orang ramai hanya perlu membeli sepasang kasut sekolah Pallas dan menyimpan kod bar asal untuk dikirim bersama borang penyertaan Kembali Ke Sekolah Magis yang boleh diperoleh di akhbar atau dipindah turun dari laman web www.pallas.com.my.


Katanya, peraduan itu mudah disertai kerana pelanggan hanya perlu mengira jumlah kasut sekolah dan jawab soalan dengan betul selain melengkapkan slogan diberikan.

Artikel ini disiarkan pada : 2010/12/16
`