Jumaat,29 Ogos 2014

Pulih posisi badan

Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan

Senaman ketika me­ngandung mampu meningkatkan stami­na bakal ibu, malah, ia turut membantu memudahkan proses bersalin.

Apabila bersenam aliran darah menjadi lebih lancar kerana banyak oksigen dihantar ke otak dan seluruh badan yang membuatkan wanita berasa segar dan bertenaga.

Senaman wanita hamil memberi penekanan kepada latihan menguatkan otot, khususnya otot perut dan golongan ibu hamil turut diajar teknik pernafasan yang betul.

Menurut ahli fisioterapi kanan, Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Azimah Jamaluddin, asas senaman ketika hamil ialah ia perlu dilakukan secara bersederhana.

Foto

1. POSISI BARING. Pastikan tulang belakang ibu mengandung rata dengan bahagian lantai dan rapatkan peha serta lakukan senaman Kegel ataupun lantai pelvik. Ia juga dipanggil senaman kemut. Ianya mudah dilakukan, iaitu dengan cuba ‘mengecutkan’ otot seperti sedang menahan kencing. Lakukan dalam kiraan 10. Selain itu, untuk senaman pernafasan pula kekal pada kedudukan yang sama kemudian tarik nafas panjang melalui hidung dan hembus menggunakan mulut sebanyak tiga kali kemudian rehat.

Foto

RENDAHKAN badan seperti melutut dengan menggunakan sama ada lutut kiri atau kanan sebagai penahan.

Foto

KEMUDIAN barulah barang terbabit diambil dan bangun perlahan-lahan.

Foto

2. UNTUK melegakan kaki dan perut. Berada dalam posisi baring, bengkokkan kaki dan diselang selikan dengan gerakan kaki ke atas kiri dan kanan dalam kiraan 10.

Foto

3. UNTUK melegakan kaki dan perut. Berada dalam posisi baring, bengkokkan kaki dan diselang selikan dengan gerakan kaki ke atas kiri dan kanan dalam kiraan 10.

Foto

4. UNTUK melegakan kaki dan perut. Berada dalam posisi baring, bengkokkan kaki dan diselang selikan dengan gerakan kaki ke atas kiri dan kanan dalam kiraan 10.

Foto

5. BAGI mengurangkan lenguh kaki. Berada dalam posisi baring dan gerakkan hujung kaki ke atas dan ke bawah secara berselang seli dalam kiraan 10 dan juga buat gerakan mengikut arah dan lawan jam juga 10 kali.

Foto

6. BAGI mengurangkan lenguh kaki. Berada dalam posisi baring dan gerakkan hujung kaki ke atas dan ke bawah secara berselang seli dalam kiraan 10 dan juga buat gerakan mengikut arah dan lawan jam juga 10 kali.

Foto

7. POSISI DUDUK Apabila duduk pastikan tulang belakang tegak dan bukan melengkung. Bongkok ke hadapan sedikit kemudian tekan otot lantai pelvik pada permukaan kerusi dalam kiraan 10 dan rehat. Jika dirasakan ia terlalu lama boleh kurangkan masa kiraan berkenaan mengikut kesesuaian diri.

Foto

8. POSISI BERDIRI Bagi mengurangkan masalah sakit belakang pula pastikan posisi ketika berdiri betul. Untuk melakukannya rapatkan belakang badan pada dinding, berdiri tegak dan pastikan bahu dan perut ditolak ke belakang dan tahan kedudukan terbabit dalam kiraan 10.

Foto

CARA yang betul jika ingin mengambil barang bagi ibu mengandung:Pastikan berada berdekatan dengan barangan yang ingin diambil.


Jangan memaksa diri dan perlu berhenti sekiranya berasa tidak selesa untuk mengelak masalah kepanasan berlebihan kerana ia boleh menjejaskan aliran darah ke rahim dan meningkatkan risiko kekurangan air dalam badan. Di sebabkan itu, wanita hamil perlu minum banyak air ketika dan selepas bersenam.


“Sebaiknya senaman dimulakan sejak trimester pertama lagi bagi memberi sokongan kepada ibu hamil agar lebih bertenaga dan sihat.

“Namun, bukan bermakna senaman ibu mengandung menyamai senaman biasa kerana ia perlu disesuaikan dengan keadaan fizikal si ibu,” katanya.

Antara aktiviti perlu di­elakkan ialah berlari atau berjoging, senaman regangan keterlaluan, senaman yang menekan atau memberi tekanan pada perut serta angkat berat.

Katanya, paling penting dalam apa juga senaman yang dilakukan adalah memastikan posisi tubuh berada dalam keadaan betul dan baik.

Ketika mengandung, bentuk badan wanita biasanya berada dalam posisi sedikit melengkung bagi menampung berat bayi dikandung.

Lama-kelamaan ia boleh menyebabkan wanita berkenaan mengalami masalah sakit belakang dan lenguh badan terutama apabila usia kandungan semakin sarat.

“Disebabkan itu, senaman boleh membantu mengembalikan posisi badan yang betul bagi mengurangkan masalah sakit belakang yang kerap dialami ramai wanita.

“Sama ada duduk ataupun baring, paling utama tulang belakang perlu berada dalam posisi tegak dan bukan melengkung kerana ia menambah tekanan pada badan dan perut,” katanya.

Di samping itu, untuk mengetahui kaedah senaman betul, sebaiknya ibu mengandung menyertai kelas atau program senaman direka khusus bagi wanita hamil.

Selepas mendapat tunjuk ajar mengenai kaedah yang betul, ia boleh dipraktikkan di rumah bagi keselesaan diri dan juga kandungan.

Untuk mendapat lebih kepastian rujuk kepada doktor terlebih dulu sebelum memulakan sesuatu aktiviti ataupun dapatkan panda­ngan pakar fisioterapi bagi melakukannya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/30