KERAJAAN memperuntukkan RM15 bilion melalui tabung Insentif Kewangan Swasta (PFI) bagi membantu syarikat besar yang menghadapi masalah kewangan menyiapkan projek mereka.
KERAJAAN memperuntukkan RM15 bilion melalui tabung Insentif Kewangan Swasta (PFI) bagi membantu syarikat besar yang menghadapi masalah kewangan menyiapkan projek mereka.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, peruntukan tabung itu satu daripada pelan dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).
Beliau berkata, usaha kerajaan mewujudkan tabung itu bertujuan membantu syarikat besar yang menghadapi kekangan kewangan bagi memastikan projek dijalankan dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan.
“Tabung PFI adalah bantuan khusus kerajaan untuk syarikat besar yang tidak cukup duit bagi melaksanakan projek mereka.
“PFI akan beroperasi tahun ini bagi membantu projek besar membabitkan kos jutaan ringgit seperti universiti, hospital dan perumahan dalam tempoh sepatutnya,” katanya selepas merasmikan hari Kerjaya dan Keusahawanan Parlimen Tasek Gelugor di Butterworth, Pulau Pinang, semalam.
Pada majlis itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor turut melancarkan laman web Parlimennya, www.normohamed.my yang bertujuan memaparkan segala aktiviti serta perkembangan yang berlaku di kawasan berkenaan.
KULIM: Episod 'Cinta Lombok' sekali lagi diselesaikan oleh Biro Pengaduan Pemuda Umno yang membawa ...