Rabu,24 September 2014

Reviu Apps: Demam pilihan raya

Selepas parlimen dibubarkan, mungkin ada baiknya jika kita melihat satu aplikasi berkaitan pilihan raya yang dinamakan Undi PRU13 dibangunkan syarikat Appandus Sdn Bhd untuk pengguna Android serta iOS.

Aplikasi terbabit memaparkan maklumat seperti kawasan undi anda, bekas ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri yang mewakili anda, keputusan pilihan raya Mac 2008 dan prestasi parti politik sebelum ini.

Pada masa sama, ia memberi peluang kepada orang ramai untuk menetapkan peringatan kepada peristiwa seperti ceramah akan datang selain menerima kemaskini kawasan yang penting dan ciri paling bermanfaat dan semakan daftar pemilih.

Setakat ini, kemaskini terbaru aplikasi terbabit dilakukan pada 7 April lalu memasukkan maklumat 727 kawasan lengkap bermaklumat dan lokasi mereka ditag.


Carian fleksibel menggunakan kata kunci seperti nama, kawasan, nama parti, negeri, Parlimen/DUN turut memudahkan pengguna selain semua keputusan pilihan raya (termasuk pilihan raya kecil) sejak PRU12 dikumpulkan di bawah segmen 14 negeri.


Ia turut mempunyai cache pintar yang mengemaskini data secara automatik dengan sambungan ke Suruhanjaya Pilihan Raya pantas.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/09
`