Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Jumaat, 19 Mac 2010

'Jangan angkuh'

Oleh Mohd Amin Jalil

2010/02/09
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

NEGERI Sembilan (NS) yang mendapat suntikan semangat selepas berjaya mara ke pusingan kedua Piala FA, tetap berhati-hati apabila menentang Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini.

Jurulatih Wan Jamak Wan Hassan, mengingatkan pemain supaya berwaspada dan tidak terlalu yakin dengan keupayaan diri kerana Pahang mempunyai rekod baik di halaman mereka sendiri dan sebarang kecuaian akan membawa padah.

Katanya, pemain perlu mengekalkan prestasi cemerlang demi memastikan tiga mata dalam genggaman dan pulang dengan keceriaan.

"Tidak dinafikan kejayaan pasukan mara ke pusingan kedua Piala FA mampu memberikan suntikan moral kepada pemain namun kita harus sedar bahawa ia bukan jaminan untuk mencapai kemenangan mudah bertemu Pahang.


"Apa yang penting pemain perlu sentiasa fokus pada pertemuan itu dan berusaha memanfaatkan setiap peluang memastikan kemenangan.

"Kehilangan mata sudah tentu menjejaskan kedudukan pasukan dalam liga dan memungkinkan kita berdepan laluan lebih getir selepas ini, oleh itu saya berharap pemain berusaha memberikan persembahan cemerlang bagi menjamin kemenangan," katanya, semalam.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial