SS bangga melihat kesungguhan pemain gitar kumpulan Kristal, Muhamad Rodi atau Rody. Bukan hanya berbakat bermain muzik, dia juga berbakat mencipta lagu. Hampir setiap album baru Kristal akan menampilkan sentuhan Rody.
Sama ada dari segi susunan muzik atau mencipta lirik. Malah untuk album terbaru berjudul Luahan Hati, lagu Satu Untukmu yang turut menjadi taruhan Kristal ciptaan Rody.
Pendek kata selain vokalisnya, Razlan, Acap (dram) dan Amai (bass), Rody antara nadi penting dalam kumpulan rock yang ditubuhkan sejak lebih sedekad lalu itu. SS pasti sejak kebelakangan ini ramai yang mengenali anak muda ini bukan sahaja sebagai pemuzik berjaya dalam industri seni malah sebagai 'businessmen'.
Rody dengan bantuan keluarga termasuk bapa Rody, Pak Din yang juga pengasas Kristal mengorak langkah setapak lagi sebagai usahawan. Tidak hanya membabitkan kepakaran dalam bidang muzik kali ini membabitkan penyediaan barangan perkhidmatan.
Selepas menubuhkan Rody Kristal Entertaiment beberapa tahun lalu. Iaitu sebuah syarikat yang menguruskan artis, majlis, membekal peralatan muzik serta memiliki studio muzik yang beroperasi di Balakong, Selangor. Rody tidak malu mengaku membekalkan alat tulis dan peralatan pejabat dengan tertubuhnya syarikat Rody Kristal Services. Sebagai pengurus di syarikat itu, dia turut turun padang memastikan segala kelengkapan yang ditempah mencukupi. Perkhidmatan lain yang turut disediakan syarikat berkenaan ialah hiasan dalaman, landskap taman, makanan sejuk beku, mencuci kawasan, kenderaan dan lain-lain. Sikap untuk mengembangkan kerjaya dalam bidang seni dan perniagaan harus menjadi contoh kepada semua. Jangan hanya bergantung kepada jemputan menjayakan persembahan semata-mata. Maklum sahaja beberapa tahun kebelakangan ini industri seni sukar diramal. Apatah lagi berdepan cabaran dari segi muzik digital menerusi gelombang Internet.
SEREMBAN: Sebuah kereta merempuh sebuah rumah di Taman Tiroi Labu, Jalan Seremban-Labu malam tadi ...