Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Khamis, 18 Mac 2010

'Saya terharu'

Oleh Md Fuzi Abd Lateh
mdfuzi@hmetro.com.my
2010/02/05
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

BUKIT BERUNTUNG: “Saya terharu dan tidak menyangka kesusahan 10 tahun lalu merintis pangsapuri murah di sini dihargai orang,” kata Shamsuddin Junus, 43.

Menurutnya, berbekalkan semangat beraninya, dia bersama isteri, Sharifah Norliati Syed Omar, 35, berpindah rumah sendiri ke Blok L di Apartmen Kenanga, Taman Bunga Raya di sini, setelah beberapa tahun menyewa di Meru, Klang.
Katanya, hanya dua keluarga menghuni kediaman di Blok L perumahan itu ketika mula dibuka pada 1999 lalu, namun kini bertambah lebih 50 keluarga keseluruhannya.
“Saya terbabit aktif dengan pelbagai kerja sukarela seperti ahli jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT), ahli Rela dan ahli surau di sini sejak mula menduduki taman ini.
“Sumbangan ini satu faktor pemilihan menerima anugerah berharga sempena sambutan ulang tahun ke-10 perumahan kami ini.
“Saya sentiasa gembira dan bersyukur tinggal di sini,” katanya yang juga bekerja sebagai mekanik di Cheras.

Beliau seorang daripada 10 penerima anugerah khas Penghuni Terawal Apartmen Kenanga, Taman Bunga Raya yang disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim sempena Program Sambutan 10 Tahun anjuran KRT apartmen itu, baru-baru ini.
Hadir sama, Ketua Balai Polis Bukit Sentosa, Chif Inspektor Rashid Abu Bakar; Setiausaha MIC Hulu Selangor, R Sitambaran dan Pengerusi KRT Apartmen Kenanga, Razali Abdullah.
Sembilan penerima anugerah sama adalah M Kalai Selvan, 40, Saedon Osman, 50, Saadiah Mohd Sharip, 47, Ngamidah Samingan, 41, Othman Abu Kassim, 48, Ahmad Senian Zainal, 49, Abd Manaf Hamzah, 48, Jaayah Jayado, 45, dan Abu Haliq Othman, 46. Mereka menerima sebuah piala iringan.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial


IKLAN












  Artikel Lain

iklan
iklan
iklan
iklan
iklan
iklan
iklan
iklan
iklan
iklan
iklan