Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Khamis, 18 Mac 2010

Soseh Soseh: Hattan jual produk guna nama anak



2010/02/08
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

NAMPAK gaya sekarang ini musim artis lelaki dan wanita dipilih menjadi duta atau jurucakap produk.

Terbaru, SS mendapatkan kad undangan daripada penyanyi lagu Rendang Tak Berbuah dan Memburu Rindu, Hattan.

Pada 10 Februari ini, Hattan akan melancarkan produk penjagaan kulit lelaki berjenama Addam Men Skincare khas untuk golongan pria.

Difahamkan, nama produk itu diambil bersempena nama anak tunggal kesayangan Hattan sendiri, Adam.


Malah, pada majlis itu, Hattan akan turut melancarkan album terbarunya, Inderawala selepas lama menyepi.

Tahniah SS ucapkan kepada kepada Hattan atas pelancaran dua produk sekali gus itu.

Sekalipun makin jarang mendapat publisiti media, tetapi diam Hattan nyata bukan kosong.

Selama ini, Hattan memasang strategi tersendiri dengan menceburi perniagaan selepas berjaya sebagai artis rakaman.

Selain itu, SS dapat tahu pada majlis pelancaran itu nanti, turut diadakan majlis peragaan fesyen serta pelancaran tudung dan busana Muslimah rekaan, Micheal Shu yang terkenal dengan sikap peramahnya itu.


Apa yang jelas hidup Hattan kini kembali ceria. Dulu masa dia mula-mula berpisah dengan bekas isterinya, Arianni, SS nampak Hattan macam 'down' sangat.

ana tahu pada majlis itu nanti, tiba-tiba Hattan turut menyuarakan impian untuk menamatkan zaman dudanya pada 2010 ini? Yelah, sampai bila Hattan nak hidup membujang kan?

Kongsi artikel ini menerusi media sosial