Ahad,21 September 2014

Soseh Soseh: Renungan Ajal ditayang 12 Ogos

TERKEJAR-KEJAR SS pulang ke rumah sebaik selesai solat sunat Tarawih di surau pada malam Ahad lalu. Puncanya, SS tak mahu terlepas menonton drama Renungan Ajal yang dijadualkan disiarkan menerusi Astro Oasis pada jam 10.30 malam.

Iyalah, sebaik membaca artikel yang dikeluarkan menerusi ruangan Rap pada 26 Julai lalu, hati SS tergerak untuk menontonnya. Apatah lagi drama terbitan Global Network Entertainment Sdn Bhd ini memaparkan kisah menarik mengenai kematian.

Bagaimanapun, SS agak kecewa kerana selepas menunggu, drama ini tidak disiarkan sebaliknya diganti dengan sebuah drama lain. Tertanya-tanya juga apa masalah sebenarnya yang berlaku. Punyalah berkobar-kobar nak menonton tiba-tiba dramanya tiada pula.

Dalam pada itu, rakan SS yang menulis artikel ini juga dihujani dengan panggilan dan kiriman SMS daripada beberapa rakan yang bertanyakan perkara sama. Semuanya meluahkan perasaan yang sama.


Buntu juga rakan ini memikirkan apa sebenarnya yang berlaku? Bagaimanapun tidak lama kemudian, dia menerima pesanan BBM daripada Norashikin Bustamam atau Nora, isteri kepada Den Wahab, penerbit drama ini.


Menurut Nora, sebenarnya tiada apa-apa yang berlaku, cuma Renungan Ajal ditunda penyiarannya kepada tarikh 12 Ogos sempena malam Lailatul Qadar.

Tambahnya, dia sendiri awalnya pelik kerana sebelum itu, promo Renungan Ajal giat dibuat, tetapi tarikh tayangannya ditukar pada saat akhir. Apapun dia menghormati keputusan yang dibuat Astro Oasis dan berharap penonton akan menyaksikannya nanti.


SS: Setiap kali Ramadan tak terlepas menonton Jejak Rasul kerana paparannya sangat menarik.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/31
`