Syampu, perapi minyak argan

Syampu, perapi minyak argan



Bagi memastikan rambut kelihatan cantik, jenama terkenal L’Oreal memperkenalkan syampu dan perapi dirumus khas daripada bahan semula jadi iaitu minyak argan dan minyak kesumba (safflower).

Minyak argan yang mempunyai kandungan vitamin dan asid lemak ini diguna secara tradisional dalam bidang kecantikan rambut oleh wanita Magh­ribi.

Minyak kesumba pula mengandungi vitamin E dan omega-6 yang mampu me­ngekalkan kesihatan rambut supaya berkilau.

Syampu ini dirumus khas untuk semua jenis rambut bagi memastikannya sentiasa berkilau sepanjang hari dalam keadaan apa juga cuaca.

Wanita yang menghadapi masalah rambut kering dan tidak terurus juga boleh meng­gunakan syampu dan perapi ini.

Perapinya juga dicipta daripada bahan sama yang mampu menambahkan kesihatan rambut.

Bagi mereka yang terlalu kerap mencuci rambut menggunakan syampu yang salah hing­ga boleh membawa kepada kekeringan rambut juga disaran untuk mencuba Sparkling Shampoo Mythic Oil dan Sparkling Conditioner Mythic Oil ini.