Jumaat,01 Ogos 2014

Taman dalam kaca

Oleh Hamizah Badiran

Bagaikan taman di dalam kaca, cenderahati ini amat menarik perhatian. Mempunyai bunga-bungaan kecil dengan pelbagai warna berbeza, produk dihasilkan oleh The Secret Garden ini unik dan istimewa.

Pertama kali melihat要ya, mesti ramai menyang虺a ia bunga palsu yang akan dibiarkan di satu sudut begitu saja.

Diletak atau seakan ditanam di dalam balang dan pasu kaca, bunga kecil yang lebih popular dikenali sebagai little flower (bunga kecil) dalam kalangan penggemarnya bukanlah bunga palsu seperti yang disangka sebaliknya ia bernyawa.

Digelar bunga kecil kerana saiznya yang kecil dan comel, produk ini diimport dari Brazil dan kemudian melalui proses di Taiwan sebelum dibawa ke Malaysia.


Menggunakan teknologi Jepun, bunga ini dapat hidup sekurang-kurangnya selama 10 tahun jika dijaga dengan rapi mengikut panduan penjagaannya.


Menurut Pengarah Urusannya, Stephy Chong, bunga ini adalah 100 peratus bunga tulen dan boleh dianggap seperti bunga ajaib kerana ia kelihatan palsu namun hakikatnya tidak.

“Untuk pengetahuan, bu要ga ini tidak memerlukan kita memberinya baja seperti bunga hidup lain bagi memastikan ia terus membesar. Air juga tidak payah diberikan setiap hari serta tidak perlu diletakkan di satu kawasan yang mempunyai cahaya matahari.

“Sebaliknya, penjagaan bunga ini sangat mudah kerana kita cuma harus memberikannya air jika kelopak bu要ga sudah kelihatan layu itupun selepas seminggu sekali, me要gikut keperluan.

“Sebab itu ramai yang menyukainya apabila ia boleh ditempatkan di dalam ruang bersuhu bilik serta melayan要ya seperti haiwan peliharaan.

“Memandangkan faktor masa dan kesibukan masyarakat sekarang, ramai yang memberikan alasan mereka tidak boleh memelihara tumbuhan. Menjaga bunga bukan satu proses mudah, tetapi dengan kehadiran bunga kecil ini di Malaysia, anda boleh menghijaukan bumi walaupun saiznya tidak seberapa.

“Kalau nampak bunga itu terlalu kering, kita semburkan sedikit air ke atas bunga itu supaya ia dapat tidur (me要guncup) sekejap dan akan bangun (mekar) semula selepas dua jam,” katanya.

Bunga-bungaan ini juga boleh dicampur dan disusun mengikut warna kesukaan masing-masing. Kadang-kadang ada juga yang mahu warna bagi menyerlahkan personaliti atau karakter mereka.

Contohnya, individu yang berjiwa romantis memilih bunga warna merah, merah jambu, ungu dan putih untuk diletakkan bersama di dalam pasu.

Fleksibiliti dekorasi bu要ga kecil yang boleh digubah dalam pelbagai bentuk pasu mahupun balang comel ini menjadikan ia satu cenderahati yang unik dan istimewa untuk sebarang majlis termasuk pertuna要gan, perkahwinan, hari lahir mahupun Hari Ibu.

Justeru, tiada alasan untuk kita tidak memelihara alam sekitar kerana ia boleh diletakkan di setiap ruang rumah mahupun pejabat bagi menimbulkan suasana ceria dan berseri.

Untuk maklumat lanjut, layari www.thesecretgarden.com.my atau www.facebook.com/SecretGardenFanpage.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/16
`