Khamis,31 Julai 2014

Tarian singa di Hotel Sunway Putra

HOTEL Sunway Putra, Ku­ala Lumpur menganjurkan persembahan tarian tradisional singa sempena sambutan Tahun BARU Cina, baru-baru ini.

Tradisi tahunan ini dimeriahkan dengan tiga si­nga, masing-masing mewakili emas dan dua perak yang dijemput dari Persatuan Tarian Singa dan Zhung Wu Dragon.

Tarian yang penuh aksi, tangkas dan bertenaga menerima tepukan gemuruh tetamu sambil diiringi pukulan gong, gendang dan simbal yang mewakili intipati nasib yang baik menurut budaya Cina.

Tidak terhenti di situ saja, tarian singa juga menghembuskan chi (tuah) di bahagian makanan, minuman, ‘ballroom’ dan pelbagai jabatan.


Turut hadir, Pengurus Besar Hotel Sunway Putra, Ron Hasni Yusoff.


Pelawat dan tetamu yang menginap di hotel itu me­ngambil peluang bergambar dengan singa dan turut menerima limau Mandarin serta ang pow.

Kumpulan singa turut melakukan persembahan ‘choi cheng’ yang bermaksud memetik sayuran hijau iaitu seikat salad diikat bersama ang pow kemudian digantung di pintu masuk utama hotel.

Mereka perlu memanjat dan melompat untuk mencapai ikatan salad itu.

Selepas ia diperoleh, si­nga akan menelan ikatan salad, memuntahkannya kembali tanpa ang pow yang dianggap ganjaran untuk mereka.

Majlis diakhiri dengan upacara menggaul dan melambung ‘yee sang’ yang dikatakan semakin tinggi lambungan itu, semakin makmur untuk tahun akan datang.

“Masyarakat Cina percaya, menjemput ‘singa’ ke rumah atau pejabat akan memberi tuah agar tempat itu diberkati,” kata Ron.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/22