Khamis,24 April 2014

Teheran tuntut Russia tunai janji

TEHERAN: Seorang ahli Parlimen Iran berkata, Moscow mesti mematuhi kontraknya membekalkan sistem pertahanan udara S-300 kerana ia tidak termasuk dalam sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke atas negara terbabit.

Ahli Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan dan Dasar Luar, Ebrahim Aqa-Mohammadi, berkata isu penghantaran S-300 tiada kena mengena dengan resolusi PBB. “Russia patut mengakui, sekatan kini tidak dikuatkuasakan PBB, sebaliknya dilaksanakan Amerika Syarikat dan Eropah,” katanya.


Menurut Ebrahim, dasar luar Moscow berubah di bawah Presiden Vladimir Putin. “Bagaimanapun, Teheran berharap Russia tetap menghantar sistem pertahanan S-300 itu,” katanya. Awal bulan ni, Menteri Pertahanan Iran, Ahmad Vahidi, berkata aduan Teheran terhadap kegagalan Russia itu - yang dibuat di Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 2011 - sedang dikaji pihak berkenaan.

Mengikut kontrak ditandatangani pada 2007, Russia perlu menyediakan sekurang-kurangnya lima sistem pertahanan udara S-300 kepada Iran. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/16
`