Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Khamis, 09 September 2010

Teroka 5 lagi pasaran baru

Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri
kartika@hmetro.com.my
2010/03/08
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

ADS4BUCKS Network Sdn Bhd, syarikat yang menawarkan perisian pengiklanan (Ads4Bucks) kepada orang ramai terus melebarkan pengaruhnya di peringkat antarabangsa dengan meneroka lima lagi pasaran baru tahun ini iaitu Nepal, Afrika Selatan, China, Laos dan Vietnam.

Sebelum ini, syarikat itu sudah menembusi pasaran India, Indonesia, Singapura, Filipina dan Thailand.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ameer Noraizeedin A Wahab, berkata penerokaan pasaran baru itu bagi mewujudkan kegiatan jual beli berkesan melalui konsep 100 peratus atas talian. Katanya, Ads4Bucks adalah portal iklan dan program afiliasi yang berfungsi menyediakan kemudahan iklan bagi mempromosikan produk atau perkhidmatan.


“Dari segi bayaran, mereka yang berminat menjadi ejen berdaftar Ads4Bucks hanya perlu membayar RM210 untuk seumur hidup dan tiada yuran pendaftaran lain yang dikenakan dan mereka akan diberi ruang pengiklanan, SMS Blaster, blog sendiri, khidmat e-library serta sistem pengurusan perniagaan, kad tenaga bio dan insentif ejen.


“Lebih menarik, orang ramai boleh memilih menjadi ejen berdaftar ataupun tidak untuk mengiklankan produk mereka, malah sesiapa saja boleh menempatkan iklan secara percuma kerana kami ingin memastikan portal Ads4Bucks ini menjadi komuniti perniagaan yang berjaya,” katanya.


Menurutnya, sehingga kini terdapat lebih 40,000 ejen Ads4Bucks di seluruh dunia dan pihaknya yakin bilangan itu akan meningkat sekurang-kurangnya 100,000 ejen berdaftar menjelang tahun ini.


Ameer berkata, sepanjang setahun beroperasi, pihaknya sudah menghasilkan dua jutawan Ads4Bucks dan mensasarkan untuk melahirkan sekurang-kurangnya 30 jutawan pada tahun ini.


Beliau berkata, pada akhir Mac ini, syarikatnya juga akan melancarkan perkhidmatan Internet radio Ads4Bucks bagi mencapai objektif menjadi halaman paling popular, sekali gus membantu melahirkan usahawan Malaysia yang berjaya.


Sebarang maklumat, layari laman web www.ads4bucks.com atau hubungi 03-92861029.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial