Sabtu,23 Ogos 2014

Terpaksa ditunda

KEJOHANAN Futsal Amatur JPS-Figos 2012 di Gelanggang Futsal JPS Ampang yang sepatutnya diadakan pada 29 Januari ini ditunda pada 5 Februari depan.

Menurut Pengarah Kejohanan, Nik Muhd Radzi, pindaan tarikh itu terpaksa dibuat kerana terdapat sedikit masalah teknial.


“Saya mohon maaf kepada semua pasukan yang telah mendaftar mengenai pindaan tarikh ini yang tidak boleh dielak.

“Tarikh tutup pendaftaran turut dilanjutkan kepada 3 Februari. Jadi pasukan mempunyai banyak masa untuk menghantar borang penyertaan,” katanya.


Menurut Nik Muhd Radzi lagi, pihaknya menerima sambutan menggalakkan kerana syarat utama khas untuk pasukan bertaraf amatur sahaja.


“Syarat ini ditunggu-tunggu pasukan yang berasakan mereka tidak mampu bersaing dengan pasukan memiliki pemain negeri dan futsal kebangsaan.

“Pasukan yang berbuat demikian akan dibatalkan pendaftaran mereka.


“Tujuan penganjuran JPS-Figos ini memberi peluang kepada semua pemain amatur seluruh negara memperagakan bakat ma sing-masing.

“Tambah pula syarat ini adil bagi setiap pasukan amatur untuk bergelar juara,” katanya.


Menurut Nik Muhd Radzi lagi, Figos sekali lagi tampil dengan inisiatif terpuji selaku penganjur bersama apabila bermurah hati memberikan bag-pack percuma kepada setiap pemain.


Yuran penyertaan RM150 sahaja. Keutamaan akan di berikan kepada pasukan yang selalu menyewa Ge langgang Futsal JPS Am pang, sama ada untuk la tihan atau pun untuk me nyertai mana-mana kejoha nan yang diadakan di situ.


Semua borang penyertaan hendaklah dihantarkan ke pada pihak penganjur me lalui email ke: focusare na@yahoo.com.my atau faks kepada: 03-9226 9398.


Keterangan lanjut, boleh hubungi Nik Muhd Radzi di talian 019-351 9934 atau 019-210 2442.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/01/23
`