Sabtu,20 September 2014

Terpikat kucing Maine Coon

Putrajaya: Jaga bayi lagi senang. Itu tanggapan segelintir pihak tatkala menilai sendiri kos perbelanjaan, keperluan dan perubatan untuk memelihara kucing baka baik.

Bagaimanapun, bagi peminat kucing, Sara Aisha Mohd Isa, 24, berkata, disebabkan minat, dia sanggup mengetepikan kesukaran itu, sekali gus menganggapnya sebagai cabaran untuk memelihara kucing baka baik. Menurutnya, dia memelihara kira-kira 26 kucing baka Maine Coon dan 14 baka lain termasuk kucing domestik mengakui kos perbelanjaan memelihara kucing adalah lebih tinggi berbanding menjaga seorang bayi. “Misalnya, dari segi barangan penjagaan seperti syampu, harga sebotol syampu kira-kira RM80, tetapi bayangkan saya mempunyai 26 kucing Maine Coon dan 14 baka lain. “Saya perlu menitik beratkan diet pemakanan kucing. Dianggarkan perbelanjaan bulanan untuk makanan saja lebih daripada RM2,000,” katanya ketika ditemui pada acara pertandingan kucing di Festival Belia Putrajaya 2013, di sini, semalam. Sara Aisha berkata, minatmemelihara kucing timbul kira-kira tiga tahun lalu.


“Ibu dan saya gemar memelihara kucing baka Maine Coon kerana tertarik dengan ciri-ciri kucing ini, selain saiznya yang sangat besar dan badannya yang panjang. Kucing Maine Coon paling berat yang saya pelihara ialah seberat sembilan kilogram (kg),” katanya yang berasal dari Shah Alam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/26
`