Jumaat,01 Ogos 2014

Tiga termasuk dua kanak-kanak maut dalam kebakaran

Ipoh: Dua kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 12 tahun dipercayai anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Dr Vida dan seorang pekerja lelakinya berusia 20-an terbunuh dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah dua tingkat di Meru Hill, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9 malam, mangsa ditemui dalam keadaan terduduk didalam sebuah bilik air tingkat atas premis itu.

Timbalan Penguasa Bomba negeri, P Samasuvam berkata turut parah dalam kejadian itu seorang lelaki berusia 27 tahun yang patah kaki akibat terjun dari tingkat satu premis itu ketika cuba menyelamatkan diri.

Katanya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Foto

Rumah dua tingkat milik pengasas produk kecantikan Vida Beauty musnah terbakar.

Foto

Anggota bomba dan penyelamat membawa keluar mayat mangsa kebakaran. FOTO Muhaizan Yahya

Foto

Anggota bomba dan penyelamat berusaha memadam kebakaran. FOTO Ikhwan Munir

Foto

Ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan ketika berada di lokasi kebakaran. FOTO Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/04