Khamis,18 September 2014

Tok Gajah ikat Selangor

Oleh Asrol Awang

Kuantan: R Surendran membuktikan kehadirannya dalam kesebelasan utama Pahang memberi impak besar apabila membantu skuadnya mengutip satu mata apabila seri 2-2 ketika bertemu Selangor di Stadium Darulmakmur malam tadi.

Keputusan itu sudah cukup melegakan skuad kendalian Dollah Salleh itu daripada terlepas mata kepada Selangor yang dibimbing Irfan Bakti Abu Salim.


Namun, pada perlawanan itu, Selangor tidak menunggu lama untuk mendahului tuan rumah apabila kesilapan penjaga gol Pahang, Ros faizul Azuar Mohd Ali yang gagal menangkap kemas bola membolehkan Francis Forkey Doe membolosi seawal minit ketiga.

Empat minit kemudian, Forkey Doe mempunyai peluang untuk menambah jaringan tetapi sepakan penyerang import Selangor itu melepasi palang tuan rumah.


Peluang terbaik Pahang hadir pada minit ke-16 menerusi R Gopinathan dari luar kotak penalti, namun bola tendangan pemain tengah itu sedikit tersasar di sebelah kanan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.


Selepas itu, skuad kendalian Dollah Salleh lebih banyak menguasai perlawanan berbanding lawan dengan deretan peluang dimiliki Pahang termasuk daripada pemain pertahanan, Damion Stewart tetapi gagal menembusi gawang.

Akhirnya, minit ke-39, gol penyamaan yang dinantikan Pahang berhasil menerusi Surendran selepas menerima hantaran daripada Shahrizan Salleh di dalam kotak penalti.


Bersambung babak kedua, Forkey Doe hampir menjaringkan gol kedua peribadi apabila tandukannya sedikit tersasar di sebelah kiri tiang gol tuan rumah pada minit ke-49.

Begitu juga tandukan pertahanan Selangor, Adam Grif fiths pada minit ke-53 yang sedikit melepasi palang tuan rumah ketika Rosfaizul Azuar sudah pun tertewas.


Pada minit ke-71, Forkey Doe meletakkan pasukannya mendahului 2-1 apabila rembatan dari luar kotak penalti terus menerjah gawang Pahang menewaskan Ros faizul Azuar buat kali kedua.


Minit-minit akhir perlawanan, Surendran muncul penyelamat buat tuan rumah.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/08
`