Jumaat,25 Julai 2014

Transformasi Glam: Impian Cici

Karakter pesakit sopak yang menjadi mangsa penderaan ibu dalam siri Raksasa memberi impak besar buat Puteri Fateen atau nama komersialnya, Puteri Cici kerana berjaya menambat hati pengarah serta produksi.

Rentetan daripada lakonannya, Cici diberi kepercayaan memegang watak utama dalam Puteri Salju. Namun, watak Cici, gadis lurus bendul dalam Kau Dan Aku berganding dengan Akim, Hafiz, Aril dan Ika Nabila mengubah segala-galanya apabila ke mana saja dia pergi, orang akan memanggilnya Cici.

Walaupun sering diberi watak sampingan dalam beberapa drama seperti dalam drama Seputeh Qaseh Ramadan dan Andaiku Tahu, ia tidak mematahkan semangat Cici untuk terus bertahan dalam seni lakon.

Gadis bertubuh kecil molek yang mula berlakon sejak usia 12 tahun ini bercita-cita besar meneroka bidang nyanyian, pengacaraan, peragaan, penulisan skrip dan pengarahan, sekali gus memiliki produksi sendiri.


Impian memiliki syarikat produksi sendiri mula terbit apabila ibu­nya Matini Gimin minat berlakon dan dua adiknya Puteri Alia Natasha, 18, dan Puteri Asyura Nurani, 12, turut berlakon.


Cici pernah menyimpan impian untuk menjadi penyanyi, malah sampai ke peringkat menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman, namun cita-cita itu terkandas di tengah jalan.

Pelakon ini bertunang dengan penyelaras acara, Nazir Azmar, 27, pada 1 Januari 2012 dan bakal melangsungkan pernikahan tidak lama lagi.

Baru-baru ini, Cici berlakon dalam drama Puteri Malam bersama Zara Zya, Hafreez Adam dan Ku Haris yang kini disiarkan di TV9.


PROFIL:

Nama Sebenar: Puteri Fateen Nasuha Shamsuddin
Tarikh Lahir: 12 Disember 1990
Asal: Kuala Lumpur
Hobi: Memasak, bercuti dan menyanyi
Tinggi: 150 sentimeter

Drama: Samson Delaila, Juvana, Cik Ah Cik Nin, Kisah Yusof dan Amukan Pocong
Sering disalah anggap pernah berlakon dalam Tentang Bulan

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/13

Artikel Lain

`