Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Khamis, 18 Mac 2010

Tuah keserasian gabungan baru



2010/02/08
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PENINGKATAN cukup ketara dapat dilihat daripada mutu persembahan dipamerkan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) apabila menewaskan Royale 4-2 untuk dinobatkan sebagai juara kategori Lelaki Terbuka Karnival Futsal i-Metro Zon Tengah, sekali gus menjadi pasukan terawal menempah tiket awal ke Grand Final i-Metro, Jun ini.

PENINGKATAN cukup ketara dapat dilihat daripada mutu persembahan dipamerkan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) apabila menewaskan Royale 4-2 untuk dinobatkan sebagai juara kategori Lelaki Terbuka Karnival Futsal i-Metro Zon Tengah, sekali gus menjadi pasukan terawal menempah tiket awal ke Grand Final i-Metro, Jun ini.


Jika tahun lalu mereka terpaksa mencuba sebanyak dua kali untuk ke grand final, tahun 2010 nyata membawa tuah buat pasukan itu apabila rezeki memihak kepada pasukan berkenaan dengan jaringan cukup selesa.


Mendahului lawan dengan 3-0 sebelum membenarkan Royale, merapatkan kedudukan kepada 3-1, lebih memudahkan pasukan yang dianggotai bekas pemain kebangsaan, Jamhuri Zainuddin dan Idbudin Md Salleh untuk terus menguasai perlawanan.


Perlawanan akhir yang berlangsung di de Stadium Futsal, Subang Jaya, semalam menjadi lebih dramatik dengan sokongan ribuan penyokong yang memberikan sokongan terus memberi semangat buat MDKL terus mendahului sehingga wisel penamat. Bagi pengurus pasukannya, Mohd Khairul Darini, kejayaan dimiliki pasukannya itu cukup bermakna dan sememangnya tidak menjangka bahawa barisan pemain yang baru disatukan itu berjaya membawa MDKL mara ke perlawanan akhir.


“Sasaran kami hanya untuk menempah tiket ke Grand Final tapi semangat juang pemain yang tinggi membolehkan pasukan ini menjadi juara dan ia sesuatu yang menggembirakan.

“Laluan yang sukar terutama daripada semua pasukan menjadikan kejayaan kami ini lebih bermakna terutama menang di tempat sendiri dan MDKL memang berhak untuk muncul juara,” katanya yang berjaya memperbaiki pencapaian tahun lalu apabila muncul naib juara di Zon Selatan.


Mengulas mengenai laluan skuad itu, Khairul berkata, kehadiran bekas pemain kebangsaan banyak membantu skuad MDKL memburu kejayaan ketika mereka berdepan dengan bekas juara Grand Final 2008, Darul Naim pada pusingan kelima, selangkah ke suku akhir.


Khairul berkata, kemenangan awal ini membolehkan pasukan itu membuat persediaan awal untuk menghadapi Grand Final dan usaha memperbaiki pencapaian tahun lalu yang sekadar mampu mara ke pusingan ketiga.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial