Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Ahad, 14 Mac 2010

Tumpu usaha pembangunan negeri: Najib



2010/02/09
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berharap rakyat Perak akan menumpukan kepada usaha pembangunan negeri itu dan tidak terbabit dalam sebarang kegiatan politik yang dianggap tidak menghormati keputusan mahkamah.

Perdana Menteri berkata sudah sampai masanya, semua pihak memberi tumpuan dan peluang kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk menunjukkan kemampuannya bagi membela rakyat dan membangunkan negeri itu.

"Alhamdulillah, dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang merupakan mahkamah tertinggi sekali dalam sistem kehakiman kita, bererti isu dan saga siapa yang patut menjadi Menteri Besar dan bentuk kerajaan di Perak sudahpun muktamad.

"Saya berharap keputusan ini bererti isu ini sudah pun selesai sepenuhnya dan tidak wajar dan tidak patut sesiapa pun membangkitkan apa-apa lagi pertikaian berhubung dengan kesahihan kerajaan Perak," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara GIIG Holdings Sdn Bhd dan Aluminium Corporation of China Limited untuk membangunkan kilang peleburan aluminium di Samalaju Industrial Park di Bintulu, Sarawak, di sini hari ini. - Bernama

Kongsi artikel ini menerusi media sosial