Isnin,14 Julai 2014

Video klip baru Psy catat tontonan lebih 100 juta kali

Seoul: Video muzik terbaru bintang Gangnam Style mencatat tontonan lebih 100 juta kali di YouTube, semalam, sekali gus mencatat satu lagi rekod bagi laman sesawang itu.

Klip video Gentleman itu memang ditunggu-tunggu selepas Psy menggegarkan dunia dengan single Gangnam Style sebelum ini. Gentleman mencatat 105.4 juta tontotan walaupun baru dimuat naik pada Sabtu lalu, mengatasi rekod bintang Britain’s Got Talent, Susan Boyle, yang menyampaikan lagu I Dreamed A Dream.


Klip video Susan mencatat 100 juta tontonan selepas seminggu dimuat naik. Lagu terbaru Psy yang berjudul ‘Gentleman’ itu dilayari 20 juta kali hanya dalam tempoh 24 jam selepas dimuat naik.

Rekod bagi tempoh sama sebelum ini dicatatkan oleh bintang Kanada, Justin Bieber, yang menyanyikan lagu Boyfriend dengan lebih lapan juta tontonan pada Mei tahun lalu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/18
`