Rabu,27 Ogos 2014

Wajah berseri dengan ayat Quran

WAJAH cantik berseri adalah idaman setiap wanita, malah mereka sanggup berbelanja besar termasuk menggunakan botox untuk mendapatkan kecantikan itu.

Namun, manusia tidak sedar, al-Quran menyediakan formula lengkap untuk menjadikan wajah berseri, mulus dan bersih.

Selain dibasahi dengan air wuduk, anda boleh mencuba Pencuci Muka Anugerah yang menggabungkan kaedah tradisional dan rawatan Islam bagi kulit yang cantik berseri.

Pencuci Muka Anugerah adalah kombinasi bacaan 30 juzuk al-Quran dan initipati herba tradisional khusus untuk mereka yang menghadapi masalah kulit wajah.

Untuk amalan harian, pencuci ini ditambah dengan doa penyeri, pemanis dan pengasih wajah untuk menaikkan seri wajah atau muka.

Ia menggunakan surah Nabi Yusuf, antara surah al-Quran yang paling baik untuk diamalkan baik lelaki atau wanita.

Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajahnya berseri, bacalah surah Yusuf Ayat 4 selepas solat.

Selepas membaca surah, teruskan dengan surah Thaahaa ayat 39.

Untuk amalan harian, bacalah sebanyak tiga kali kemudian sapu ke muka wajah.
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat itu, surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian surah Thaahaa ayat 39.

Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah Nabi Yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya.

Pencuci Muka Anugerah menggunakan herba tradisional seperti ekstrak sirih, ekstrak buah pinang, ekstrak daun inai, ekstrak Avocado dan vitamin E.

Ia dirumus khas untuk mengecilkan liang pori-pori wajah dan mampu memberikan keserian kulit dengan tekstur licin dan lebih halus.

Dengan kombinasi surah pilihan al-Quran yang didoakan pada pencuci muka ini, insya-Allah khasiatnya menjadi lebih mujarab dan berkesan.

Selain itu, gabungan ekstrak avocado dan vitamin E, ia bertindak sebagai sebagai agen untuk mencegah kulit daripada kering dan mengelupas.

Ekstrak sirih di dalam pencuci ini bertindak sebagai penegang kulit wajah manakala ekstrak daun inai mempunyai bahan astrigen untuk membersihkan kulit, sesuai untuk kulit berjerawat dan sebagai bahan penyejuk untuk kulit wajah.

Imam Muda, Ustaz Khairul Azhar, berkata antara surah-surah yang dibaca pada pencuci muka ini adalah surah al- Insyirah.

Beliau berkata, surah ini sering digunakan untuk menerangkan dan menenangkan jiwa dan hati yang tidak tenang dan tenteram.

“Dengan mengamalkan surah ini, ia dapat menaikkan seri pada wajah dan menjadi hebat serta unggul di pandangan orang.

“Surah Annur Ayat 35 pula baik diamalkan supaya wajah dilimpahi cahaya iman dan dipermudahkan urusan. Ia juga dibacakan dalam pencuci muka ini.

Selain itu, apabila kita menggunakan sesuatu barangan untuk mencantikkan wajah dan penampilan, usah mengubah ciptaan tuhan.

“Gunakan produk pencuci muka ini secara berhemah dan ingatkan kita meminta sesuatu kepada Allah dan Dia yang menyembuhkan sesuatu penyakit,” katanya.

Katanya, banyak membaca al-Quran selain berikhtiar adalah sesuatu yang dituntut dalam Islam.

“Dalam al-Quran banyak ayat yang diamalkan sebagai penawar penyakit dan inilah yang digunakan dalam Pencuci Muka Anugerah.

“Sebaiknya, selain menggunakan pencuci muka ini, amalkan membaca al-Quran setiap hari kerana setiap huruf yang dibaca, kita akan mendapat beribu pahala,” katanya.

Pencuci Muka Anugerah untuk kulit normal ini boleh didapati dengan harga RM18 dan Pencuci Muka Anugerah untuk kulit bermasalah hanya RM20.

Bagi yang berminat untuk Pencuci Muka Anugerah ini, hubungi Emi-Q, Tingkat 15, Bangunan Cahaya Suria, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur atau hubungi talian 03-2072 5555 / 019-369 9998.

Anda juga boleh melayari laman web, www.anugerahquran.com dan facebook Anugerah https://www.facebook.com/anugerahquran untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/27
`