PETALING JAYA: “Akhbar terutamanya berbahasa Melayu mempunyai tanggungjawab besar membahaskan secara terperinci serta mendedahkan kekurangan dan kelemahan bagi memastikan masyarakat Melayu tidak tercicir,” katanya Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Beliau berkata, akhbar dan pena wartawan bukanlah semata-mata alat untuk menulis berita sensasi sebaliknya harus membentuk satu landasan yang kukuh dalam memperjuangkan cita-cita dan hak pembaca secara jujur.
“Penting bagi akhbar Melayu mendedahkan kekurangan Melayu dalam segenap lapangan hidup.
“Selain itu, usaha Berita Harian memberi peluang kepada wartawan yang lebih senior berkongsi pandangan menerusi tulisan mereka di akhbar itu membuktikan syarikat terbabit masih mengiktiraf penulis veteran,” katanya pada Majlis Mengimbau Kenangan dan Makan Malam Persatuan Bekas Wartawan Berita Harian Malaysia (PBWBHM) di sini, malam kelmarin.
Hadir sama Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Mior Kamarul Shahid; Presiden PBWBHM, Dr Alias Mohamed dan Timbalan Presiden PBWBHM, Datuk Ahmad Reejal Arbee.
NILAI: Seorang perompak berjaya melarikan wang tunai berjumlah kira-kira hampir RM80,000 dalam satu ...