Isnin,28 Julai 2014

Xperia baru mantap

Oleh Husain Jahit

Xperia yang mana tiga daripadanya berada dalam siri NXT dan satu Xperia Sola.

Ketua Pemasaran SEA-nya, Ola Lilja Molén berkata, pelbagai teknologi baru diterapkan ke dalam keempat-empat model terbaru bersama Xperia Sola iaitu Xperia S, Xperia U dan Xperia P.

Menurut Ola, Xperia S adalah satu-satunya telefon pintar dengan pengalaman paparan berdefinisi tinggi (HD) penuh, turut dilengkapi kamera 12 megapiksel yang boleh terus aktif dalam tempoh 1.5 saat dari mod ‘standby’.

Xperia U lebih kepada hiburan dengan teknologi audio xLoud dan bunyi sekeliling 3D Sony, manakala Xperia P adalah untuk paparan skrin berkecerahan tinggi menggunakan teknologi WhiteMagic yang pertama kali digunakan dalam pembangunan telefon bimbit.


Sementara Xperia Sola meng­gunakan teknologi eksklusif “floating touch”

yang membolehkan pengguna seolah-olah menggunakan tetikus untuk menavigasi laman web.

Ia juga menyokong standard penyambungan NFC dan SmartTags untuk mempercepat­kan pengaktifan aplikasi dan berkongsi kandungan.



SPESIFIKASI XPERIA SOLA:

PRODUK: Sony Xperia Sola
PEMPROSES: 1GHz STE U8500 dwiteras
OS: Google Anroid 2.3 Gingerbread
RANGKAIAN: Quad
EDGE/GSM/GPRS 850, 900, 1800MHz, W-CDMA Band I, II, V, VIII
SKRIN: TFT 3.7 inci dengan enjin Mobile Bravia
KAMERA: 5MP, zum 16x
WARNA: Hitam, putih, merah
MEMORI: 8GB
DIMENSI: 116 x 59 x 9.9mm
BERAT: 107g


SPESIFIKASI XPERIA S:

PRODUK: Sony Xperia S
HARGA: RM1,899
PEMPROSES: 1.5GHz Qualcomm MSM8260 dwiteras
OS: Google Android 2.3 Gingerbread

RANGKAIAN: UMTS HSPA 850, 900, 1900, 2100MHz, GSM GPRS/EDGE 850, 900, 1800, 1900MHz

SKRIN: TFT 4.3 inci dengan enjin Mobile Bravia
KAMERA: 12MP, zum 16x
WARNA: Hitam, putih
MEMORI: 32GB

PENYAMBUNGAN: Bluetooth, DLNA, HDMI, USB, Wi-Fi, aGPS, 3.5mm jek audio, GLONASS, NFC

DIMENSI: 128 x 64 x 10.6mm
BERAT: 144g


SPESIFIKASI XPERIA U:

PRODUK: Sony Xperia U
HARGA: tidak diperoleh
PEMPROSES: 1GHz STE U8500 dwiteras
OS: Google Android 2.3 Gingerbread
RANGKAIAN: UMTS HSPA 850, 1900, 2100MHz, GSM GPRS/EDGE 850, 900, 1800, 1900MHz
SKRIN: TFT 3.5 inci dengan enjin Mobile Bravia
KAMERA: 5MP, zum 16x
WARNA: Hitam, putih
MEMORI: 8GB

PENYAMBUNGAN: Bluetooth, DLNA, HDMI, micro USB, Wi-Fi, aGPS, 3.5mm jek audio, NFC

DIMENSI: 112 x 54 x 12mm
BERAT: 110g


SPESIFIKASI XPERIA P:

PRODUK: Sony Xperia P
HARGA: tidak diperoleh
PEMPROSES: 1GHz STE U8500 dwiteras
OS: Google Android 2.3 Gingerbread

RANGKAIAN: UMTS HSPA 850, 900, 1900, 2100MHz, GSM GPRS/EDGE 850, 900, 1800, 1900MHz

SKRIN: TFT 4 inci dengan enjin Mobile Bravia
KAMERA: 8MP, zum 8x
WARNA: Hitam, perak
MEMORI: 16GB
PENYAMBUNGAN: Bluetooth, DLNA, HDMI, USB, Wi-Fi, aGPS, 3.5mm jek audio, NFC
DIMENSI: 122 x 59.5 x 10.5mm
BERAT: 120g

Artikel ini disiarkan pada : 2012/03/20
`