KUALA LUMPUR: Pengantin lelaki yang membatalkan majlis pernikahan dengan seorang wanita di Batu Pahat, Johor pada saat akhir sudah melakukan dosa besar dan menunjukkan ciri munafik mengikut hukum Islam.
Sehubungan itu, lelaki terbabit diseru segera bertaubat dan meminta maaf kepada keluarga pasangannya itu kerana memungkiri janji serta memalukan mereka.
"Apa yang dilakukan bukan perkara kecil dan dia boleh dibawa ke muka pengadilan sama ada menerusi mahkamah sivil atau syariah. Di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 memang ada peruntukan mengenakan hukuman kepada seseorang yang tidak menunaikan janji berkahwin.
"Jika perkara itu berlaku (dibawa ke mahkamah) saya harap hukuman sewajarnya dapat diambil supaya menjadi pengajaran kepada orang lain," katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai pengalaman perit menimpa keluarga Nor Adriana Hairudin, 25, selepas menerima SMS daripada pihak lelaki yang mahu membatalkan pernikahan pada saat akhir.
Hari pernikahan Nor Adriana yang juga seorang anggota tentera di Kementerian Pertahanan di sini yang menjadi sejarah hitam itu dikatakan berpunca akibat bakal suaminya menggunakan sijil kursus perkahwinan palsu didedahkan.
Noh berkata, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga wajar mengenakan tindakan tatatertib ke atas lelaki itu disebabkan perbuatannya yang memalukan.
"Perkara sebegini memang tidak ada maaf dan jika disebabkan sijil kursus perkahwinan palsu maka pihak berwajib perlu mengetatkan lagi ciri keselamatannya supaya sukar ditiru," katanya.
JOHOR BAHRU: Polis yakin dapat menjejaki lelaki yang dipercayai menceroboh dan menyerang ...