TIME dotCom Bhd (TdC), penyedia penyelesaian telekomunikasi talian tetap, bercadang meluaskan perkhidmatan Time Fiber Broadband, jalur lebar berasaskan gentian optik berkelajuan 50 megabit sesaat (mbps) ke lebih 80 peratus kawasan berkepadatan tinggi di Lembah Klang menjelang suku kedua tahun depan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Afzal Abdul Rahim, berkata sebagai permulaan, perkhidmatan itu disediakan di kawasan sekitar Mont Kiara, Kuala Lumpur.
"Sungguhpun ketika ini perkhidmatan terbabit cuma boleh diakses di sekitar kawasan berkepadatan tinggi terutama bandar besar, ia tidak bermakna tumpuan kami kepada golongan berkelas tinggi kerana produk ini meliputi semua peringkat bermula dengan pakej rendah, pertengahan dan tinggi," katanya pada majlis pelancaran Time Fibre Broadband di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurutnya, Time Fibre Broadband mampu menawarkan pengguna capaian Internet lebih selamat dan stabil berbanding teknologi jalur lebar tanpa wayar.
"Kini, pengguna Internet boleh memuat turun atau memuat naik pelbagai fail termasuk MP3, klip video mahupun cerita berteknologi definisi tinggi (HD) yang cuma mengambil masa antara lima saat hingga lima minit," katanya.
Beliau berkata, TdC yakin tidak berdepan masalah menyediakan perkhidmatan menggunakan gentian optik terbabit di seluruh negara.
"Kami sudah membuktikan keupayaan menyediakan gentian optik antara Thailand ke Singapura dan kerana itu berpandangan tiada masalah untuk menyediakan perkhidmatan menggunakan gentian optik ini di seluruh negara. Potensi memperluaskannya masih ada tetapi bergantung kepada pelaburan kini," katanya.
Time Fiber Broadband ditawarkan pada tiga pakej membabitkan 2 Mbps pada harga RM149 sebulan, 5Mbps (RM199 sebulan) dan 10 Mbps pada RM329 sebulan.
Keterangan Gambar
AFZAL... perluas perkhidmatan
KULIM: Episod 'Cinta Lombok' sekali lagi diselesaikan oleh Biro Pengaduan Pemuda Umno yang membawa ...