MAXIS Berhad (Maxis), syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi terkemuka tempatan menyasar untuk membekalkan perkhidmatan telekomunikasi kepada antara 100 hingga 150 bangunan komersial baru di seluruh negara tahun ini.
Naib Presiden dan Ketua Perniagaan Enterpris Maxis, Fitri Abdullah, berkata syarikat kini menyasar untuk menyediakan perkhidmatan itu di bangunan baru sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang serta Johor Bahru.
Menurutnya, syarikat itu akan terus memperkayakan pengalaman pelanggan dengan melabur dalam liputan yang lebih berkualiti di lebih banyak bangunan seluruh negara.
"Tahun ini, kami akan memperluas jangkauan kami ke luar Lembah Klang iaitu ke Pulau Pinang dan Johor Bahru," katanya.
Katanya, Maxis sudah mengadakan akses gentian terus ke 31 peratus lagi bangunan di Lembah Klang, tahun lalu.
Terdahulu, Maxis dan Macro Lynx memeterai perjanjian menjalin kerjasama pintar untuk menyediakan perkhidmatan teknologi komunikasi maklumat (ICT) menyeluruh untuk bangunan komersial gred A++ pertama di negara ini, GTower.
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Jabatan Perhutanan Kedah, Kasim Osman, mengaku tidak bersalah di ...