Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Khamis, 18 Mac 2010

39,046 warga India 'hilang' di Malaysia



2010/01/13
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PUTRAJAYA: Sejumlah 39,046 warganegara India 'hilang' di Malaysia selepas visa pelancongan mereka tamat tempoh dan perkara itu menjadi isu yang membimbangkan bagi negara ini, kata Datuk Seri Najib Razak.

PUTRAJAYA: Sejumlah 39,046 warganegara India 'hilang' di Malaysia selepas visa pelancongan mereka tamat tempoh dan perkara itu menjadi isu yang membimbangkan bagi negara ini, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, mereka tidak dapat dikesan daripada rekod Jabatan Imigresen berdasarkan anggaran dibuat pada Jun tahun lalu.

Katanya, keadaan itu menyebabkan jabatan itu kurang berminat mengeluarkan visa waktu ketibaan (VOA) kepada warganegara India kerana kemudahan itu disalahgunakan, terutamanya mereka dari Chennai.


"Mereka ini datang ke Malaysia melalui kemudahan visa waktu ketibaan mungkin kembali ke India atau mungkin berada di negara ini...bekerja di restoran India.

"Kami tidak tahu di mana mereka berada sekarang... kemungkinan masih di Malaysia atas alasan ekonomi," katanya dalam temu bual dengan wartawan India yang dalam rangka lawatan ke sini, di pejabatnya di sini, semalam.

Najib membayangkan beliau mungkin membangkitkan isu itu pada lawatan rasmi tiga hari ke India, bermula 19 Januari ini.

Perdana Menteri berkata, Malaysia bersikap agak liberal dalam membenarkan sami dan tukang gunting rambut dari India datang dan bekerja di negara ini.

"Kami mengalu-alukan warganegara India datang melawat ke Malaysia sebagai pelancong. Kami bersikap agak liberal. Kami mahu mereka yang benar-benar tulen. Mereka amat dialu-alukan.


"Kami bersedia menimbangkan memperkenalkan semula skim visa itu bagi mereka yang datang dari bandar raya seperti Bangalore, Mumbai dan Delhi, tetapi bukan dari Chennai. Masalah tinggal melebihi tempoh hanya membabitkan dari Chennai," katanya.

Ditanya sama ada kerajaan mengadakan dialog dengan kumpulan pendesak Hindu Rights Action Force (Hindraf), Najib berkata semua pihak perlu sedar bahawa kumpulan itu memperbesar-besarkan dan memanipulasi sepenuhnya seluruh situasi membabitkan minoriti etnik India.

Beliau berkata, kebanyakan kaum India di negara ini mahu kerajaan sensitif terhadap keperluan mereka dan kerajaan responsif terhadap perkara itu.

"Kami menyelesaikan banyak masalah dihadapi kaum India dan saya tidak nampak Hindraf menjadi kuasa yang penting dalam politik Malaysia," katanya.

Ditanya mengenai langkah Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang bakal melantik duta khas untuk Jammu dan Kashmir, Najib berkata sebarang tindakan susulan dilakukan dengan persetujuan India dan Pakistan.

"Malaysia berpendapat isu ini wajar diselesaikan melalui rundingan secara aman," katanya. - Bernama

Kongsi artikel ini menerusi media sosial