PENANG Times Square (PTS) yang dibuka secara rasmi kelmarin menyaksikan pembinaan fasa kedua membabitkan unit kondominium yang bakal didiami akhir tahun ini manakala fasa ketiga dan keempat yang menempatkan sebuah ruang pameran, pusat konvensyen dan hotel dijangka siap pada 2015.
Pengarah Eksekutif Ivory Properties Group, pemaju projek berkenaan, Datuk Seri Nazir Ariff, berkata fasa pertama yang menempatkan ruang beli-belah di Birch Plaza, ruang legar di depan kompleks, Chin Ho Plaza, kondominium dan penthouse sudah siap dibina awal tahun lalu.
"Apabila semua fasa pembangunan siap beroperasi, PTS akan terkenal sebagai hab pelancongan berprestij di pusat bandar raya ini di Jalan Dato' Keramat, sekali gus menarik pengunjung tempatan dan luar negara yang mencari kelainan ketika bercuti di negeri ini," katanya selepas majlis pembukaan rasmi fasa pertama PTS di Pulau Pinang, semalam.
Menurutnya, menjelang Tahun Baru Cina, hampir 65 peratus daripada pemilik dan penyewa ruang niaga di kompleks itu akan memulakan perniagaan dan sebuah bank tempatan akan memindahkan operasi cawangan ke kompleks berkenaan.
KULIM: Episod 'Cinta Lombok' sekali lagi diselesaikan oleh Biro Pengaduan Pemuda Umno yang membawa ...