STATUS Ramlan Rashid selaku jurulatih Johor FC masih belum terjamin selepas misi memburu salah satu daripada dua piala dalam saingan Liga M - Piala FA dan Piala Malaysia sudah terlepas apabila tersingkir dalam saingan kalah mati, sekali gus petanda awal perbelanjaan besar skuad itu berjumlah RM4.5 juta tidak berbaloi.
Kini kedudukan bekas pertahanan Johor itu bergantung kepada aksi menentang KL Plus dalam saingan Liga Super di Stadium JCorp, Pasir Gudang, malam ini, selepas aksi skuad itu di laman sendiri masih belum menerbitkan sebarang kemenangan.
Akibat aksi lesu yang jelas mengecewakan, Presiden Johor FC, Ahamad Mohamad agak kurang puas hati dengan pencapaian skuad itu malah akan mengadakan mesyuarat bagi membincang prestasi Johor FC dalam masa terdekat.
"Amat mengecewakan. Persembahan Johor FC jelas tidak bermaya terutama pada saingan Liga Super dan Piala FA dan saya akan mengadakan mesyuarat bersama ahli exco kelab untuk berbincang mengenai prestasi pasukan itu," kata Ahamad.
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Jabatan Perhutanan Kedah, Kasim Osman, mengaku tidak bersalah di ...