Sepang: "Dua minggu lalu ketika dalam perjalanan ke sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan, ayah memberikan saya dua keping gambar yang sama dan menyuruh saya menyimpan sebagai kenangan," kata anak kepada pemandu e-hailing, Allahyarham Sharipuddin Shaari, 53, yang maut dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, semalam.
Muhammad Sharul Izuan, 16, berkata, ketika bapanya memberikan gambar itu, mereka sekeluarga terdiri daripada ibu, Suriana Muda, 43, dan adik bongsu, Nur Izzara Arissya,9, ada bersama dalam kereta.
"Saya tidak menyangka permintaannya menyuruh menyimpan gambar itu menjadi petanda ayah akan pergi meninggalkan kami selama-lamanya," katanya ketika ditemui di Taman Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, hari ini.
Katanya, pagi semalam dia bertemu bapanya di luar rumah ketika arwah sedang memeriksa enjin kereta.
"Ayah tidak bercakap sepatah pun sebelum saya pergi ke sekolah menunggang motosikal bersendirian.
"Malam sebelumnya ayah beriya-iya menyuruh saya makan dan bersembang panjang kerana kami jarang bercakap kecuali ada perkara penting yang perlu dibincangkan.
"Petang semalam kira-kira jam 6 petang, anggota peronda polis datang ke rumah memaklumkan ayah terbabit kemalangan dan berita itu amat mengejutkan kami sekeluarga," katanya.
Muhammad Sharul Izwan berkata, kali terakhir bapanya menghubungi ibu pada 2.15 petang semalam ketika sedang berehat di sebuah restoran dan memaklumkan berada di sekitar Elmina untuk mengambil pelanggan dan pulang awal selepas selesai bekerja.
Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Salak Tinggi berkata, sebelum ini mereka sekeluarga tinggal di Arau, Perlis dan berpindah menyewa di taman itu sejak hujung tahun lalu.
"Pemergian ayah sangat mengejutkan kami sekeluarga kerana arwah seorang yang penyayang namun kami reda dengan ketentuan Allah SWT," katanya.
Berita berkaitan:
Pengguna jalan raya rakam detik pesawat terhempas diminta tampil
Johari naik pesawat atas urusan kerja - Speaker DUN Pahang
Ujian DNA waris mangsa di IPD Klang Selatan
Ada mayat sempurna - Dr Zaliha
'Adik sayang mama sangat-sangat' - ayat terakhir juruterbang kepada ibunya
Agong, Permaisuri dukacita pemergian rakan akrab, Johari
Juruterbang Beechcraft berpengalaman luas - CAAM
10 pegawai forensik terbabit bedah siasat mangsa pesawat terhempas
Bukan hanya Datuk Johari, beberapa mangsa lain saya kenal rapat - Hamzah
'Saya bukan mangsa nahas pesawat di Elmina' - Ikwan Hafiz Jamaluddin
Mayat ditemukan tidak sempurna
Pesawat melencong ke kanan dari laluan penerbangan sebelum terhempas
Identiti lapan individu pesawat terhempas dikenal pasti
PM, menteri ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat
MB Pahang minta tidak sebar imej, video mangsa nahas
Pesawat terhempas tragedi kedua di Elmina
'Semoga roh Allahyarham Johari dicucuri rahmat' - Speaker Dun Pahang
Adun Pelangai, Johari Harun antara korban nahas pesawat
Agong cemar duli tinjau lokasi pesawat ringan terhempas
Jet Valet beri kerjasama penuh dalam siasatan nahas pesawat
Adun ke Langkawi untuk hadiri mesyuarat
Polis sahkan 10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina
'Saya nampak ada orang rentung, saya tak dapat buat apa-apa'