mutakhir

Kelas tadika musnah terbakar

Oleh Mohd Roji Kawi

Kuching: Bangunan tadika Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tukau di Jalan Bakam, Miri, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 6.18 pagi.

Menurutnya, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

"Setibanya di lokasi, didapati kebakaran membabitkan sebuah bangunan pra-sekolah jenis struktur kekal satu tingkat.

"Kejadian itu memusnahkan sebahagian bangunan berkenaan dan tidak membabitkan sebarang kecederaan," katanya.

Menurutnya lagi, siasatan lanjut masih dijalankan bahagian forensik kebakaran bagi mengenal pasti punca kejadian.

Disiarkan pada: September 21, 2023 @ 11:45am
d