mutakhir

OKU terperangkap sejam dalam parit

Oleh Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

Rawang: Remaja orang kurang upaya (OKU) terpaksa menempuh detik cemas apabila terperangkap hampir satu jam di dalam parit di Bandar Tasik Puteri di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, ketika kejadian, remaja lelaki berkenaan dipercayai keluar memancing bersama bapanya.

Menurutnya, pihak bomba menerima laporan berhubung kejadian itu jam 5.36 pagi.

"Anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa dilakukan berjaya menemukan remaja lelaki terbabit di tepi parit, 30 meter dari tempat dua beranak itu memancing," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, remaja berusia 16 tahun itu ditemukan dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Disiarkan pada: September 23, 2023 @ 8:58am
d