Sukan Lain

Terjunan Dhabitah-Pandelela sumbang gangsa

Oleh Fabian Peter

Hangzhou: Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri-Pandelela Rinong, meraih gangsa dalam acara 10m platform seirama wanita di Sukan Asia Hangzhou.

Pada aksi final hari ini, Dhabitah-Pandelela mengumpul 266.94 mata selepas lima terjunan.

Tuan rumah China seperti yang dijangka memenangi emas dengan 375.30 mata menerusi Quan Hongchan-Chen Yuxi.

Pingat perak diraih Matsuri Arai-Minami Itahashi dari Jepun dengan 290.04 mata.

Disiarkan pada: September 30, 2023 @ 6:40pm
d