Sukan Lain

Shereen tamatkan kemarau pingat 17 tahun

Oleh Syafiq Aznan

Hangzhou: Atlet 400meter (m) negara, Shereen Samson Vallabuoy merangkul pingat gangsa dalam acara 400m di Stadium Olimpik Hangzhou, sebentar tadi.

Shereen menamatkan saingan dengan catatan 52.58s yang menyaksikan atlet Bahrain, Mujidat Adekonya memenangi pingat emas (50.66s) dan rakan senegara, Salwa Eid Naser merangkul perak dengan 50.92s.

Keputusan ini menyaksikan Shereen menamatkan kemarau pingat dalam sukan olahraga dalam tempoh 17 tahun sejak kali terakhir dimenangi atlet 400m lari berpagar, Noraseela Khalid yang memenangi gangsa pada 2006.

Disiarkan pada: September 30, 2023 @ 8:19pm
d