mutakhir

Pelajar polikteknik maut, empat cedera

Oleh Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Seorang pelajar Politeknik Port Dickson maut manakala empat cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 28, Lebuhraya Seremban-Port Dickson, di sini, hari ini.

Nahas berlaku jam 6.20 pagi itu membabitkan kereta Perodua Kancil dinaiki lima pelajar terbabit dan penunggang motosikal jenis SYM 180 yang turut cedera.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Port Dickson Mohd Kamal Mohd Timar berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Kancil itu terbabas ke kiri lalu melanggar pembahagi jalan.

"Semua mangsa yang menaiki kereta berusia awal 20-an dan penunggang motosikal berusia 24 tahun cedera di beberapa bahagian badan," katanya.

Menurutnya, semua mangsa di dalam kereta dikeluarkan anggota bomba dengan menggunakan peralatan menyelamat dan dihantar ke Hospital Port Dickson untuk tindakan lanjut.

Disiarkan pada: October 11, 2023 @ 1:11pm
d