mutakhir

Mangsa banjir di Terengganu meningkat

Oleh Nazdy Harun

Kuala Terengganu: Mangsa banjir di Terengganu bertambah kepada 427 orang malam ini yang membabitkan daerah Hulu Terengganu dan Setiu.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, jumlah itu meningkat berbanding 240 sebelum ini.

Katanya, tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka iaitu enam di Hulu Terengganu dan satu di Setiu.

PPS di Hulu Terengganu adalah PPS Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Gunung Menerong yang menempatkan 130 mangsa (30 keluarga), PPS Kampung Lubuk Periuk (110 mangsa, 43 keluarga), PPS Kampung Peneh (52 mangsa, 16 keluarga) dan PPS Kampung Kemat (32 mangsa, 10 keluarga).

"PPS baharu dibuka di Kampung Pengkalan Ajal pula menempatkan 85 mangsa (34 keluarga), manakala PPS Kampung Pelandan menempatkan 11 mangsa (3 keluarga)," katanya.

Menurutnya, Setiu membuka PPS Kampung Besut bagi menempatkan lima mangsa daripada satu keluarga.

Disiarkan pada: December 14, 2023 @ 10:29pm
d